Journey Of Love



zafirahjamaludin
Instagram · Twitter



Salam

Manusia
Selamat Datang ke teratak usang ini, moga yang baik dijadikan pedoman, yang buruk dijadikan teladan.

SMS

NUKILAN
· Segmen Blogwalking & Give Away By Kisah.Si.Gadis.Leo
· Dinner Terakhir
· 3 Perkara Yang Tak Perlu Kita Fikirkan
· 'Kampung' sekitar Eropah
· Kisah Cita-Cita
· Student Masscomm


KEGEMARAN


Pendengar Yang Baik
Saturday 2 May 2015 | Posted by Zafirah | 4 comment{s}

Assalamualaikum.



"Sebaik-baik pendengar ialah Allah Yang Satu. Senyap, Damai. Rahsia kekal rahsia. Tepuk dada, cuba rasa!"

Aku merupakan seorang gadis yang tak begitu banyak berkata-kata berbanding kawan-kawan lain walau di mana sahaja aku pergi. Tetapi, Alhamdulillah, aku mampu menjadi seorang pendengar yang baik untuk mereka yang memerlukan seseorang untuk mendengar luahan hati dan kisah mereka *bukan aku cakap tapi ramai cakap* Bukan sebab aku dipaksa atau memaksa diri aku untuk menjadi pendengar setia mereka, tetapi aku sangat suka dan selesa menjadi seorang pendengar, yang baik InshaAllah.

Aku tahu bagaimana rasanya orang tak berminat untuk mendengar kisah kita. Aku tahu bagaimana rasanya orang tak peduli langsung untuk mnegetahui masalah kita. Aku tahu bagaimana rasanya perasaan bercakap dengan dinding sedangkan di depan aku merupakan seorang manusia yang aku percaya mampu memberi respon kepada aku. Ya, aku tahu.

Mungkin disebabkan itulah, aku memasang tekad di dalam diri, aku akan menjadi seorang pendengar yang baik supaya mereka yang berada di sekeliling aku gembira dan merasakan diri mereka lebih dihargai. Malah, aku juga tumpang gembira sekali.

Semua orang yang dikurniakan sepasang telinga yang sihat wala'fiat boleh menjadi seorang pendengar. Namun begitu, adakah mereka mampu menjadi seorang pendengar yang baik? Aku ada petik beberapa ciri-ciri untuk menjadi seorang pendengar yang baik dari sebuah majalah tempatan, iaitu Gen-Q. Ada sepuluh kesemuanya, nak tahu apa dia?

Jeng Jeng Jeng.


1 Kenal pasti emosi orang yang meluahkan perasaan. Adakah sedihnya di tahap sederhana ataupun teruk, putus asa atau sebagainya.

2 Jaga gerak-geri tubuh anda kerana ia akan mempengaruhi emosi si pengadu.

3 Jaga hubungan mata. Fokuskan hubungan mata anda kepada pengadu sebagai tanda anda fokus dengan luahannya. Tetapi, elakkan daripada memberi renungan tajam.

4 Berikan respons seadanya seperti menganggukkan kepala, mengerutkan dahi atau katakan "Oh" "Ya" dan sebagainya, jangan diam sahaja. Tetapi, bagaimanapun usahlah berlebihan kerana itu boleh membantutkan emosi pengadu.

5 Jangan cenderung mencelah dengan sering mengaitkan situasi pengadu dalam situasi yang pernah anda alami.

6 Jangan kaitkan luahannya dengan isu politik kerana tidak semua orang suka berbicara tentang politik, ia mungkin mengeruhkan keadaan.

7 Jika pengadu menangis, jangan menyuruhnya berhenti menangis. Cuba usapkan belakang badannya. Biarkan dia meluahkan segalanya sambil menangis.

8 Jangan menidakkan rasa yang dialami olehnya, sebaliknya rasai apa yang diluahkannya.

9 Kurangkan bertanya kerana itu akan membantutkan kelancaran pengadu melontarkan emosinya.

10 Jangan berhentikan sesi luahan. Biarkan si pengadu meluahkan semua yang terbuku di hatinya.

Nah ! Nampak mudahkan? Ha, apa kata amalkan dalam mengubah cara pendengaran kita terhadap luahan orang lain. Ok? Tak salah menjadi seorang pendengar yang baik, malah bukan si pengadu je dapat manfaat, kita pun dapat manfaat sekali. Jadi, dengarlah dengan rasa, Nasihatlah dengan rasional. Semoga Allah memberkati kita semua.

Salam Sayang.

Labels: , ,