Assalamualaikum
*KLIK BANNER DI ATAS KALAU NAK JOIN*
Hari ini aku ter'rajin' untuk join segmen blogwalking dari si gadis comel
Una ni, Terima Kasih atas jemputan :)
Syarat semua dah ikut, dan sekarang yang tinggal cuma ceritakan sedikit tentang diri aku. Hmmmm. Aku pun tak tahu nak cerita apa sebab aku ni biasa-biasa sahaja orangnya, tiada yang luar biasa pun.
Apapun, disebabkan dah Una mintak macam tu, aku usahakan korek sedalam-dalamnya tentang diri aku ahaha, so THIS IS ME.
1. Lahir di Taiping, Perak dan sekarang menetap di Batu Pahat, Johor (sejak 2013)
2. Anak sulung daripada 8 orang adik-beradik
3. Dalam proses mencari
jodoh kerja.
4. Susah nak gelak tapi senang senyum,
5. Pemalu tetapi bukan pendiam.
6. Paling tak suka manusia yang rude atau dalam bahasa melayunya, KURANG AJAR.
7. Tak pandai makan pedas tapi teringin sangat nak makan pedas.
8. Muka tak ikut mak mahupun ayah,
*misteri sungguh hmm*
9. Sangat sensitif.
10. Kuat makan tapi berat tak pernah lebih 50 kg
*eceh bangga ke apa ntah hahaha*
Anyway, cukup tak 10 Una?hihik. Sampai ke berat badan aku melalut sebab aku dah cakap tadi, aku terpaksa korek sedalam-dalamnya tau,
Jom la join segmen ni sekali, marilah kita mengeratkan silaturrahim sesama blogger(s) :)
Salam Sayang.
Labels: blogwalking, segmen