Assalamualaikum.
Alhamdulillah, aku masih lagi dipanjangkan umur, diberikan kesempatan olehNya untuk mengupdate blog ini, syukur......
Entry kali ini aku ingin berkongsi sedikit cerita berkenaan 'Menjadi Diri Sendiri' dari perspektif aku yang serba kekurangan ini dengan korang semua.
Ok, cuba bayangkan situasi ini dalam minda masing-masing.
Beberapa orang pelajar perempuan di sebuah sekolah menengah X memakai stokin pendek di bawah aras buku lali di dalam kawasan sekolah, dimana perbuatan berikut dilarang sama sekali. Bila Ustaz/Ustazah tanya kenapa berbuat demikian, begini jawapan mereka.
"Sekurangnya kami tak fake, macam sesetengah student tu pakai labuh semua tapi sebenarnya hati busuk, mulut macam longkang, apa guna?"
Sama juga seperti situasi macam ini,
Aminah
*bukan nama sebenar* selalu tegur orang secara direct tanpa memikirkan perasaan orang lain. Apabila ditanya sebabnya,
"Inilah aku, aku taknak jadi fake, apa yang aku perlu cakap aku cakap je terus straight forward"
Persoalannya sekarang, apa itu 'Menjadi Diri Sendiri'?
Menjadi diri sendiri dengan mengikut kata hati sendiri 100% tanpa mempedulikan pandangan orang ? ataupun menjadi diri sendiri mengikut suasana dan norma yang sepatutnya kita tuju walaupun ia bukan 100% dari hati kita sendiri?
Ya, aku tahu kita semua sudah tentu ingin menjadi diri sendiri.... tetapi dalam masa yang sama, kita ada peraturan yang perlu kita ikut, kita ada hati yang perlu kita jaga dan yang paling penting, kita ada akidah yang perlu kita pelihara, bukan?
Ramai orang sekarang salah faham dengan istilah 'Menjadi Diri Sendiri' sebenarnya, well bagi aku lah. Allah SWT ciptakan kita semua, berbeza tahap fizikal dan mental. Jadi, terpulang kepada kita bagaimana untuk kita membimbing kedua-dua aspek tersebut dalam mencapai keredhaan Dia, bukan semata-mata untuk kepuasan hati kita sahaja.
Menjadi diri sendiri itu perlu, tetapi mestilah tidak menidakkan suruhan agama dan undang-undang negara semata-mata untuk menjadi diri sendiri. Tidak guna kalau kita kata kononnya menjadi diri sendiri, taknak hidup dalam kepura-puraan segala kalau Allah SWT tidak redha. Seronokkah kita?Bahagiakah kita?Okay mungkin di dunia ya, tetapi bagaimana dengan akhirat?
Ini semua hanya pendapat aku semata-mata. Bukan apa, aku penat dan lelah tengok orang sekarang buat dosa secara teranga-terangan seperti ber'couple', ber'free hair', dan macam-macam lagi dengan tiket, 'Menjadi Diri Sendiri' What the fish. Tak masuk logik akal langsung.
Cubalah sebelum mengeluarkan apa-apa statement itu, fikir dulu teras agama. Ini tak, fikirkan diri sendiri semata-mata. Allah.....sedih aku tengok. Kita semua keluarga sesama Islam, kalau kita tidak saling menasihati antara satu sama lain, siapa lagi? Orang kafir gelak je tengok gelagat orang Islam yang dah tak rupa Islam. Nau'zubillah.
Sama-sama lah kita menuju ke arah kebaikan. Moga kita semua berjaya menjadi diri sendiri yang diredhai Allah SWT.
Amin Ya Rabb.
Salam Sayang.
Labels: jumaat, pedoman
Assalamualaikum.
Apa khabar semua pembaca blog eden ini?Lamanya kita tak ketemu kan?
*ajet ajet blogger pemes gituw* Well aku pernah janji dengan diri aku sendiri untuk at least update 1 entry setiap hari memandangkan aku pun dah habis belajar, masa untuk bersama blog ini sharing cerita dan info juga bertambah la sepatutnya.
Tetapi, Allah Maha Perancang. Isnin lepas, aku dapat kerja di sebuah cafe di bandar, jadi aku tak dapat lagi untuk menunaikan janji aku sebelum ini sobs. Tambahan pula, mak ada di Sabah untuk beberapa hari ini atas urusan kerja, sebagai anak sulung, aku haruslah menggantikan emak sebagai pembantu ayah di rumah untuk menguruskan adik-adik aku.
Dengan schedule untuk kelas memandunya lagi...kesian kan dekat aku, dah 21 tahun baru nak ambil lesen kereta sedangkan kawan-kawan aku ada yang dah pandai bawak lori tau. Bukannya apa, ayah dah lama suruh aku ambil lesen, aku ni je yang penakut tahap cipan. Aku harap aku akan berjaya mendapat lesen dengan jayanya tidak lama lagi dengan sekali take. Please aku taknak repeat kelas memandu no no no no.
Disebabkan kebizian aku lately, sampaikan birthday adik aku, Abdullah Azhari atau lebih mesra dipanggil Awang pun aku tak dapat sambut properly :( Sorry Awang :( Selalunya bila celebrate birthday adik-adik aku lah yang menjadi photographer setianya. Gambar kek dia ada di dalam handphone tetapi atas kesuntukan masa aku tak dapat nak transfer ke laptop ni, pergh busy gilaks ekau zafirah.
Semoga Awang membesar menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, yang menyenangkan hati ibu bapa dan orang di sekeliling. Amin Ya Rabb.
Oh ya, semalam result final semester aku di UiTM Lendu dah keluar wei. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan result yang aku dapat walaupun takdelah cemerlang mana. Terima kasih pensyarah-pensyarah yang baik hati sangat bagi markah tinggi, yang berdedikasi mengajar anak-anak didik dan yang sentiasa menjaga kebajikan aku dan kawan-kawan. Kepada MC1106A, Terima Kasih korang sebab selalu membuka tangan dan hati untuk mengajar aku yang slow ni, Terima Kasih banyak-banyak . Tahniah kepada semua anak didik UiTM yang konvo kelmarin dan yang mendapat result akhir semester emalam. TAHNIAH woooooo !
Ok lah, aku nak kena bersiap untuk pergi kerja ni, kita jumpa lagi bila ada rezeki, InshaAllah.
Semoga Allah SWT pelihara iman kalian semua walau di mana sahaja kalian berada.
Salam Sayang.
Labels: jumaat, peribadi, UiTM
Assalamualaikum
Memandangkan hari ini merupakan hari Jumaat, hari yang dipenuh dengan kemuliaan, aku juga ingin menambah sedikit pahala dengan berkongsi satu tip tentang
3 PERKARA YANG TAK PERLU KITA FIKIRKAN.
Berfikir itu sesungguhnya adalah perkara yang baik, yang bagus dan sangat digalakkan. Dari pemikiranlah menentukan bagaimana hati kita, bagaimana mental dan fizikal kita dan begitu juga keseluruhan hidup kita. Tetapi, itu tak bermakna kita perlu fikirkan SEMUA benda. Ada perkara yang kita tak perlu fikirkan, kita tak perlu endahkan, dan InshaAllah kita dapat perolehi keberkatan bukan sahaja di Dunia tetapi di Akhirat.
Nak tahu apakah 3 perkara tersebut?
1. Jangan kamu fikirkan tentang kemiskinan kerana akan menyebabkan kamu risau dan menambahkan kerakusan.
2. Jangan kamu fikirkan tentang kezaliman orang lain terhadap dirimu kerana akan menambahkan kekerasan hatimu dan kedengkian serta akan berlanjutan kemarahanmu.
3. Jangan kamu berfikir untuk kekal di dunia kerana akan menggalakkan kamu menghimpunkan harta dunia dan menunda amal ibadatmu serta melalaikan akhirat,
Sama-samalah kita berusaha mencapai keredhaan dan kasih sayang dari Dia bukan sahaja di hari Jumaat yang penuh barakah, tetapi setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap detik kita bernafas di muka bumi ini.
Salam Jumaat.
Labels: jumaat, pedoman