|
|
Assalamualaikum.
Apa khabar semua?Sempena hari yang penuh kemuliaan dan keberkatan hari ini, iaitu hari Jumaat, sama-samalah kita menghangatkan amalan Mahmudah dan Sunnah Nabi Muhammad SAW kita pada hari ini. Ingatan untuk diri sendiri juga. InshaAllah.
Ok, untuk entry hari ini yang tidak berapa kena mengena sebenarnya dengan hari Jumaat ni huhuhu. Boleh dikatakan lebih kepada sifat ingin tahu dan pendapat korang semua yang sedang singgah di blog aku ni.
As gegurl Muslimah yang berhijab, aku sangat familiar dengan dua
jenis hijab sahaja iaitu tudung bawal dan shawl. Yang trend lain punya hijab tu kirim salam sayang je lah, tak mampu aku nak cuba, lenguh, letih semua ada.
Nak dijadikan cerita, satu hari tu adik perempuan aku complain.
Adik : Kakak ni tak sesuai la pakai shawl, nampak pelik sikit, pakai bawal je lah.
Hemoih adik aku ni #akuyangpakaikauyangpanas
So, immediately terus aku tukar ke tudung bawal, then tak lama kemudian BFF aku pulak meluahkan rasa yang terbuku di dada dia sejak azali kononnya.
BFF : Laaa, teruskanlah pakai shawl, bawal tak sesuai la dengan kau zaf serius aku cakap.
Pulak dah.
Well, aku bukannya jenis peduli pandangan orang. Maksud aku adalah aku terima pendapat orang lain tentang apa sahaja yang diorang rasa tetapi itu semua tak effect keyakinan diri aku sangat. Tetapi, bila bab tudung pakaian semua, kritikan menyebabkan aku jadi insecure, rasa serba tak kena. Rasa macam semua pandang aku muka kesian je sobs.
So, bagi korang yang gegurls, korang paling selesa pakai tudung style yang macam mana? Bawal kah? Shawl kah? Pashmina kah? atau yang lain kah? Share la sikit dengan aku, tips untuk menjadi yakin dengan diri sendiri dalam mengenakan hijab yang trendy masa kini huhuhu
Ok lah, setakat sini dulu nukilan hari ini.
Salam Sayang. Labels: bawal, peribadi, shawl
Assalamualaikum,
Title bikin PANAS je kan, haha gimik semata-mata.
Apapun, Apa khabar semua? Moga baik-baik sentiasa hendaknya.
Sebenarnya berjuta kali *kasi metafora sikit* jugaklah aku fikir sama ada nak share masalah ini di public atau tak huhuhuhu
Akhirnya aku buat keputusan nak share, bukan apa, mana tahu ada yang tahu apa yang aku perlu tahu supaya pihak lagi satu itu tahu yang aku tak tahu apa kesalahan aku. HAHAHA sorry ye, saja nak'Tauhu' kan korang kejap.
Macam ini ceritanya, aku dah 2 minggu lebih bekerja di *@^#*@ Cafe *nama dirahsiakan atas dasar privasi lol acah je*dan normal lah setiap pekerja baru mesti ada senior yang mengajar bagaimana dan macam mana nak buat kerja kan? Yes,ada seorang senior ni yang boleh dikatakan antara orang pertama yang mengalukan kehadiran aku di situ. Yang paling banyak bergurau dengan aku. Yang paling banyak usik aku. Yang paling banyak tolong aku. Pendek kata dia yang paling banyak lah!
Tetapi, itulah....entah kenapa, lebih kurang 4 hari lepas, dia stop cakap dengan aku, dia langsung tak endahkan aku, buat macam aku tak wujud dan aku sendiri tak tahu langsung kenapa. Sebelum ni dia pernah buat macam ni tau, dan aku dengan muka tak malunya sehari lepas dia buat perangai terus mesej minta maaf bagai semua, dia boleh jawab yang dia nak uji aku je sebenarnya nak tengok aku ni orang yang macam mana. Ok walau agak merepek alasan dia di situ, aku still terima, fine, then Alhamdulillah kami berbaik semula. Tak lama kemudian.... ini berlaku lagi. Haih.
Aku tak tahu, perlu ke aku minta maaf lagi sedangkan aku tak tahu tang mana, bahagian mana aku ada lukakan hati dia walau berapa kali pun aku reflect balik kalau aku ada buat salah dekat dia. Aku buntu lah. Ok aku terus terang, senior aku ni orang lelaki dan dia tua dua tiga tahun je dari aku, so aku takdela panggil dia abang ke apa, cuma 'Saya', 'Awak'.
Bila aku tanya pendapat emak dan ayah begini respon diorang
Emak : Cukuplah akak, berapa kali akak nak minta maaf, dia tu yang sengaja buat perangai. Bior je, kita buat kerja masing-masing dah. Kalau dia nak cakap dengan kita, dia akan cakap, kalau dia taknak, sudah. Bukannya tak hidup kalau tak cakap dengan dia pun.
Ayah : Lantak dia lah, takyah peduli.
( Nampak tak dua pendapat yang berbeza panjangnya tetapi bermaksud satu, LANTAK DIA)
Entahlah, kalau boleh aku pun nak je buat tak kisah semua, tapi aku rasa serba salah dan susah hati, apatah lagi aku menatap muka dia 5 kali sehari. Seksa wei !
Hmm, apa boleh buat. Aku kan perempuan, berapa kali aku perlu rendahkan martabat aku untuk cakap/mesej dia minta maaf lagi kan? Tapi dalam masa yang sama aku taknak suasana awkward menyelubungi bila berdepan dengan dia..dan yang paling penting, aku taknak silaturrahim antara kami terputus begitu sahaja, aku nak keadaan yang dulu kembali semula.
Moga Allah lembutkan hati dia, Amin Ya Rabb.
Opps, kemain panjang post aku kali ini, berkaitan soal peribadi pulak tu hihi.
Kalau korang yang baca entry ini ada idea atau cadangan, bagitau ye? Sharing is Caring, hihi.
Salam Sayang.
Labels: peribadi, selasa
Assalamualaikum.
Apa khabar semua pembaca blog eden ini?Lamanya kita tak ketemu kan? *ajet ajet blogger pemes gituw* Well aku pernah janji dengan diri aku sendiri untuk at least update 1 entry setiap hari memandangkan aku pun dah habis belajar, masa untuk bersama blog ini sharing cerita dan info juga bertambah la sepatutnya.
Tetapi, Allah Maha Perancang. Isnin lepas, aku dapat kerja di sebuah cafe di bandar, jadi aku tak dapat lagi untuk menunaikan janji aku sebelum ini sobs. Tambahan pula, mak ada di Sabah untuk beberapa hari ini atas urusan kerja, sebagai anak sulung, aku haruslah menggantikan emak sebagai pembantu ayah di rumah untuk menguruskan adik-adik aku.
Dengan schedule untuk kelas memandunya lagi...kesian kan dekat aku, dah 21 tahun baru nak ambil lesen kereta sedangkan kawan-kawan aku ada yang dah pandai bawak lori tau. Bukannya apa, ayah dah lama suruh aku ambil lesen, aku ni je yang penakut tahap cipan. Aku harap aku akan berjaya mendapat lesen dengan jayanya tidak lama lagi dengan sekali take. Please aku taknak repeat kelas memandu no no no no.
Disebabkan kebizian aku lately, sampaikan birthday adik aku, Abdullah Azhari atau lebih mesra dipanggil Awang pun aku tak dapat sambut properly :( Sorry Awang :( Selalunya bila celebrate birthday adik-adik aku lah yang menjadi photographer setianya. Gambar kek dia ada di dalam handphone tetapi atas kesuntukan masa aku tak dapat nak transfer ke laptop ni, pergh busy gilaks ekau zafirah.
Semoga Awang membesar menjadi seorang hamba Allah yang beriman dan bertaqwa, yang menyenangkan hati ibu bapa dan orang di sekeliling. Amin Ya Rabb.
Oh ya, semalam result final semester aku di UiTM Lendu dah keluar wei. Alhamdulillah, aku bersyukur dengan result yang aku dapat walaupun takdelah cemerlang mana. Terima kasih pensyarah-pensyarah yang baik hati sangat bagi markah tinggi, yang berdedikasi mengajar anak-anak didik dan yang sentiasa menjaga kebajikan aku dan kawan-kawan. Kepada MC1106A, Terima Kasih korang sebab selalu membuka tangan dan hati untuk mengajar aku yang slow ni, Terima Kasih banyak-banyak . Tahniah kepada semua anak didik UiTM yang konvo kelmarin dan yang mendapat result akhir semester emalam. TAHNIAH woooooo !
Ok lah, aku nak kena bersiap untuk pergi kerja ni, kita jumpa lagi bila ada rezeki, InshaAllah.
Semoga Allah SWT pelihara iman kalian semua walau di mana sahaja kalian berada.
Salam Sayang.
Labels: jumaat, peribadi, UiTM
Assalamualaikum
Setelah lebih kurang dua jam menunggu laman web di mana result MUET sepatutnya keluar pada hari ini, 5/5/15 *aip nombor banyak cantik ini hari*, result MUET aku akhirnya terpapar juga di screen laptop....
TADAAAAAA
Syukur Alhamdulillah, aku berjaya memperolehi BAND 4. Well, takdelah hebat mana pun sebenarnya, tetapi disebabkan aku cuma target BAND 3, dan bila fikirkan balik halangan-halangan yang terpaksa ditempuhi aku dan ayah yang berulang dari Batu Pahat ke Melaka pada pukul 5 pagi semata-mata untuk aku duduki peperiksaan MUET ini, haih, mana mungkin aku tak gembira.
Lagipun, aku sendiri dapat merasakan yang semenjak dua menjak ini, kemampuan aku dalam Bahasa Inggeris sangat teruk *demam korea la katakan* Jadi result sebegini sememangnya result yang aku fikir tak mungkin aku akan dapat perolehi.
Apapun, Tahniah buat semua calon-calon MUET yang dapat result hari ini, berjaya atau kurang berjaya semuanya ketentuan Allah SWT. Dia tahu apa yang terbaik buat kita semua. Apa?Ingat orang yang dapat MUET BAND 1 dan 2 tak boleh sukses ke?Ingat orang yang dapat BAND 3 ke atas sentiasa sukses ke?No no no. Jadi, cheer up, okay? :)
Salam Sayang. Labels: MUET, peribadi, selasa
Assalamualaikum.
Sebelum menamatkan diploma, aku dan kawan-kawan(MC1106A + kelas-kelas lain) berpakat untuk menghadiahkan dinner buat diri kami, which is Grand Dinner yang diadakan di Hotel Eco Tree, Melaka.
Bagi aku, dinner?ish bosan lah. Setiap tahun ada dinner tu dinner ni, takde ke yang istimewa sikit? *acah pergi je sedangkan pemalas nak mampus haha* Aku suka dinner, well makan kan, siapa je yang tak suka. Cumanya aku tak suka kena pergi beli dress, kasut, handbag and bla bla bla bla bla hanya untuk makan. MEMBAZIR. Plus aku tak suka dikelilingi orang ramai huhuhuhu. Tapi, apa boleh buat. Ini kan peluang terakhir untuk 'gathering' bersama seluruh batch Masscomm 2012/2013 sebelum semua pergi buat haluan masing-masing.
So, nak dijadikan cerita. Seminggu sebelum dinner, aku dan adik-adik pergi la shopping untuk beli dress. Aku ni jenis simple. Murah?Muat?Ok cun. ALhamdulillah, adik kedua aku, which is kitorang panggil Dibah baik hati sangat *itupun sebab dia baru dapat gaji* belanja aku punya dress dengan tudung. Sayanggggggg Dibah ! hihik.
Dinner mula pukul 8 malam, aku sampai pukul 8:40 macam tu pergh kemain diva kau. Actually aku ni menumpang ja kereta roommate aku, Kak Lina. Menumpang buat cara menumpang la kan. Dah dia pun lambat, takkan la aku nak "Weh cepat ar nanti lambat macam mana ergh" kan? Konklusinya, dia lambat, aku pun lambat jugak. *sorry Kak Lina sayang Kak Lina*
Lepas dah daftar,bagi tiket, pakai gelang pass apa ntah, dapat sagu hati yang kiut miut, aku dengan Kak Lina serta kawan-kawan yang lain pun apa lagi naik lif ke tingkat paling atas, atas bumbung kay, siap ada kolam renang lagi, kami pun mula la enjoykan diri masing-masing.
Meh aku share sikit gambar, tak boleh la banyak-banyak. Segans.
 |
| Nur Zafirah Jamaludin |
 |
| Kesayangan |
Haih nak collage pun sebenarnya segan sebab banyak gambar tak matching filternya, almaklumlah mostly gambar ambil dari handphone orang so faham-faham je lah haha.
Anyway, dalam banyak-banyak dinner yang aku pernah hadiri, serius dinner ni paling awesome. Bukan sebab makanan, bukan sebab tempat, tapi sebab kenangan yang diperolehi tu. Terima kasih semua.
Cukuplah sampai di sini aku membebel pada Hari Sabtu ni, bukan apa, aku cuma.
RINDU.
Ok ok, havea good day semua !! *sorry aku guna bahasa rojak banyak sangat dalam entry ni sobs*
Salam Sayang.
Labels: dinner, peribadi
Assalamualaikum.
Hari ini aku nak berkongsi sedikit cerita tentang Cita-Cita. Bukan Cinta ye anak-anak.
Kalau ikut kisah diri aku, masa kecik-kecik dulu dalam umur 7-10 tahun macam tu, well, biasalah, kanak-kanak sebaya kebanyakannya aku cuma ada 3 cita-cita ja, kalau tak doktor, cikgu, kalau tak cikgu, polis. Dalam kes aku pulak, aku nak jadi seorang Doktor.
Kenapa?
Sebab jadi doktor best, dapat tolong orang sakit, dapat pakai jubah putih, dapat dengar dup dap dup dap jantung orang, fuhh best giler. Betapa mulianya seorang doktor.
Bila aku dah besar, baru aku sedar bahawa menjadi seorang doktor sangat SUSAH. Aku dah la tak pandai mana pun, pandai sikit je. Takut dengan darah dan jarum pulak tu. Takde langsung part dalam diri aku ni sesuai untuk menjadi doktor, so aku pun lupakan impian itu.
Ketika berumur 11-12 tahun, aku sangat obses dengan drama Hong Kong. Agak-agak korang aku nak jadi apa masa tu?????
PAKAR FORENSIK.
HAHAHAHAHAHAHAHAHA
Bila ingat balik memang tak boleh blah, aku asyik berangan yang aku ni pakar forensik hampir di mana-mana sahaja. Feeling macam misteri adventure gituw, haha segan pulak aku nak cerita apa yang aku buat untuk mendalami watak sebagai seorang pakar forensik dulu, apa yang penting, aku dah lama lupakan hasrat nak jadi pakar forensik. Memang sangat tak sesuai dengan aku sebab aku ni penakut orangnya, ajet ajet berani ja pandai. Sobs.
Bila aku masuk sekolah menengah berasrama, aku sentiasa dikelilingi radio atau walkman. Aku merupakan seorang pencinta muzik dari dulu, dan sampai sekarang, aku masih lagi mencintai dunia muzik. Setakat lagu korea dan omputih, semuanya ada dalam genggaman aku tau hahaha. Lagu Melayu, em, aku, em, aku, well, ok kita move on.
So agak-agak masa ni apa cita-cita aku?
Penyanyi? No.
Penulis lirik? No
Komposer? No
DJ Radio? YESSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSSS
Dulu aku banyak kali practice depan laptop dalam bilik, acah acah jadi DJ cakap pung pang pung pang, then bila masa untuk lagu dimainkan, aku bukak la lagu pakai laptop, siap pakai headphone lagi kasi feel gitu. Tapi, aku buat masa family aku takdak kat rumah la mek, segan, takut diorang fikir aku meroyan tak tentu pasal , dah satu hal pulak nak kena explain.
And to be honest, masih ada lagi tersemat cita-cita itu dalam hati aku. Kalau diberi peluang, memang aku nak sangat jadi DJ radio. Seronok dapat mendengar lagu, mendengar masalah orang, berkongsi pengalaman dan pengetahuan dan macam-macam lagi. Aku ni pulak jenis yang suka bercerita, so faham-faham je la hahaha.
Akhir sekali, bila aku masuk je ke UiTM Alor Gajah 3 tahun lepas, ada satu pekerjaan yang berjaya memancing minat aku. Jeng jeng jengg.
Aku nak jadi Journalist a.k.a Wartawan.
Tapi, bukan yang muncul di depan TV tu, aku ingin menjadi seorang wartawan di belakang tabir. Kalau nak cerita detail, memang sampai malam tak sudah. Banyak sebab kenapa dan mengapa aku jatuh cinta pada wartawan ni, nanti kalau panjang umur, murah rezeki InshaAllah aku akan ceritakan di blog ini.
Rasanya semua orang mempunyai cita-cita bukan?Mak aku selalu cakap, kalau tak ada cita-cita, tak guna belajar setinggi mana pun, sebab tak ada apa yang kita impikan dalam hidup. Walau susah mana pun halangan untuk mencapai cita-cita yang kita impikan, walau sejauh mana pun jalan untuk kita lalui dan walau seberat mana pun beban yang kita pikul demi untuk mendapatkan cita-cita tersebut.
Usahlah berputus asa.
InshaAllah kita akan berjaya. Kalau tidak berjaya sekalipun, tiada apa ynag rugi dengan mencuba. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita, sesungguhnya Dia Maha Mengetahui.
So, awak, awak, awak, dan saya.
Moga Berjaya !
Salam Sayang. Labels: impian, peribadi
Assalamualaikum.
Sebelum ini aku ada story mory sikit tentang biodata aku, the basic one. Sekarang aku nak kecikkan spektrum biodata aku tu dan fokus di UiTM Alor Gajah di mana itulah tempat aku berperang selama 3 tahun ! *ayat over sangat, sedangkan ambil diploma je pun*
Sebagai seorang penuntut yang memilih bidang Media dan Komunikasi atau lebih dikenali dengan MASSCOMM sebagai kursus pilihannya, memang serius cakap, kadang kala aku naaaaaaaaaaak je berhenti. Ok aku tipu, bukan kadang kala tetapi selalu.
Aku tak pasti sama ada mentaliti dan fizikal aku yang lemah atau kursus ni sebenarnya yang susah hmm. But still, Alhamdulillah. Aku berjaya tamatkan study pada 16/4/2015 dengan jayanya. Tepuk tangan sikit plish hihik *sorry ye aku memang muka taktau malu*
Antara subjek yang aku ambil di sana adalah Broadcasting, Advertising, Publishing, dan lain-lain lagi. Kalau nak kira berapa event yang aku dan kawan-kawan pernah handle, takdela banyak mana. Tetapi, kalau kira event yang kami pernah pergi sebagai support kawan-kawan memang tak terkira banyaknya. Well, MASSCOMM dengan event memang tak dapat dipisahkan. Aku dah la tak suka dikelilingi ramai orang so, menghadiri event atau membuat event merupakan hard task bagi aku sobs.
Lagi satu yang memang sinonim sangat dengan MASSCOMM adalah talk talk talk. Kalau kau seorang yang tak konfiden, malu-malu kucing tupai semua, fikirlah 35 kali sebelum ambil kursus ni, kalau tak acano nak survive?Aku pun bukannya pandai bercakap di depan sangat, tapi berkat kawan-kawan semua jenis yang berani molek, aku pun berjangkit sama. Berjangkit penyakit positif okey. Alhamdulillah.
Ayat yang paling kerap family and member-member aku cakap setiap kali jumpa diorang adalah
"bila la nak tengok hang baca berita kat tibi"
"bakal karam singh walia ni"
"mesti banyak jumpa artis en, bestnya"
typical.
Well aku tak salahkan diorang, sebelum aku masuk MASSCOMM pun aku ada la jugak mindset yang sama. Bila dah masuk, baru aku tau yang bidang ni luas sangat *depa tangan besaq besaq* Aku boleh jadi penulis, pengacara, perancang event, perunding dan macam-macam lagi. Bukan setakat muncul depan TV ja, itu siapa yang ada bakat walaupun dia bidang lain pun boleh. Ada seorang pengacara tu nama dia Nurul Syuhada Nurul Ain tu, dia bukan bidang MASSCOMM pun, tapi bidang berkaitan Biologi tak silap aku, boleh je jadi pengacara yang sukses. Ini semua berkaitan dengan rezeki.
Sekarang aku tengah menanam anggur *menganggur* rumah sambil usha-usha kerja part-time untuk aku collect sedikit duit sebelum sambung study nanti. Kalau emak ayah maksu tok wan atau along ada nak cari pekerja ke, bolehla contact aku, harga negotiable dun worry...Eh, dah kenapa aku menyimpang dari tajuk ni hohoho.
Btw, kesimpulannya, di mana pun kita belajar, kurusus apa pun yang kita ambil, halangan apa pun yang kita lalui, ingat, tiada yang mustahil, Berbekalkan niat dan semangat, InshaAllah Allah akan permudahkan. Yakinlah dengan diri sendiri okay?
Salam Sayang . Labels: pengalaman, peribadi
|